Galeri

Peluang Sekali Seumur Hidup

Thursday, December 22, 2011

Nasihat untuk penganjur pertandingan karom

Salam untuk semua.
Saya disini merasa terpanggil untuk meluahkan rasa ketidak puasan hati ramai pemain2 profesional karom. Sepatutnya perkara2 begini tidak lagi berlaku dalam pertandingan peringkat profesional.Ramai penganjur masih tidak mengambil kira beberapa perkara yang penting.Mereka main tangkap muat aja..Bila kita sebut tentang profesional game, beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum permainan bermula..

1. Pastikan kedudukan papan karom yang diletak itu telah ditimbang dengan inci air (water level), supaya tidak berlaku senget sebelah.Masalah ini makin teruk bila papan karom itu sendiri memang melengkung.
2. Pastikan buah karom (carrom men) yang digunakan menepati piawaian. Tebal jangan kurang dari 0.7cm dan jangan lebih dari 0.9cm.Ini ada tg main campur aje buah karom dalam satu botol..pas tuh kutip bila nak guna..bila in iberlaku ada buah yg tebal dan ada yg nipis. Berat pula jgn kurang dari 5.25 gram dan jgn lebih dari 5.5 gram.
3. Stricker yg digunakan hendaklah di semak terlebih dahulu oleh penganjur..ada yg terlalu besar hingga tak boleh masuk lubang.Ini byk berlaku sekarang dengan ramainya stricker yg dibuat sendiri sekarang.Berat stricker ini tak boleh melebihi15 gram.Tidak boleh ada metal didalam (kecuali tidak nampak ) dan diameter max 4.13cm.

Lain2 perkara rasanya tak ada masalah sangat dan masih boleh diperbaiki lagi.Ini adah penting dalam usaha kita untuk mengetengahkan sukan karom ini dan menjadikan nya sebagai sukan berprestij dan profesional.

No comments:

Para pemenang Kejohanan Karom UM 2011

Para pemenang Kejohanan Karom UM 2011

KBCC menang lagi di Kelantan

KBCC menang lagi di Kelantan

BERITA SEMASA

MAS Academi Kelana Jaya akan menganjurkan pertandingan Karom tertutup Malaysia pada 12 / 13 disember 2009.
Sebarang pertanyaan dan borang permohonan sila hubungi
En. Kamarulzaman 0192352395

Shukran dan Mie

Shukran dan Mie

Juara Bergu Piala Eksekutif PKINK Tahun 2009

Juara Bergu Piala Eksekutif PKINK Tahun  2009
KBCC